Monday, 6 May 2013

Gambar- Gambar Lawatan Anjuran Pusat Sumber SK Buntong 2012

 




                                 



 




                                     

                                     


                                      






Apa itu Nilam ?????


Apa itu NILAM


logo-nilam
LATAR BELAKANG
Budaya ilmu adalah aktiviti ilmiah yang dipraktikan sesebuah masyarakat untuk menjadi masyarakat bertamadun. Peradaban ini akan terus relevan dan berkembang jika diasah dan diperturunkan kepada generasi muda masyarakat kita. Pembentukan bangsa atau masyarakat dapat dibina jika mengamalkan budaya ilmu. Salah satu asas yang penting bagi budaya ilmu ialah amalan membaca. Membaca perlu disemai dan dijadikan amalan setiap anggota masyarakat agar dapat berkembang maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, dan teknologi. Kecemerlangan bangsa dan negara akan dapat dicapai jika masyarakatnya membudayakan amalan membaca sebagai rutin harian. Sekaligus pengetahuan dan pengalaman melalui pembacaan dijadikan asas pembentukan modal insan yang cemerlang bagi membentuk negara maju.
Program NILAM
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Program NILAM di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu. Di samping menjadikan membaca satu habit yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia. NILAM adalah akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program NILAM merupakan pengabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah seluruh negara. Program NILAM adalah penjenamaan semula program membaca dengan memberi pengiktirafan. Ianya salah satu kaedah untuk menangani masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat Malaysia amnya.
Matlamat
Matlamat Program NILAM Pusat Sumber Sekolah SK Buntong adalah seiring dengan matlamat di peringkat Kebangsaan iaitu;
  • Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid.
  • Meningkatkan kuantiti dan kualiti prestasi akdemik murid-murid dan sekolah.
Objektif
Objektif Program NILAM Pusat Sumber Sekolah SK Buntong adalah sebagaimana objektif di peringkat kebangsaan. Iaitu sepanjang program NILAM murid-murid akan dapat:
a. Menjadikan murid banyak membaca atau suka membaca.
b. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
Tiga Elemen Program NILAM
a. Rekod Membaca : Setiap murid merekod buku yang dibaca dalam Buku Rekod NILAM.
b. Pengesahan Pembacaan : Guru mengesahkan rekod bacaan murid.
c. Pengiktirafan : Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca dan aktiviti berkaitan yang disertai.
Pelaksanaan
Program NILAM mempunyai dua tahap pelaksanaan iaitu;
Tahap Jauhari
  • Murid wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di sekolah.
  • Membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu tabiat.
  • Menggu akan kemudahan perkhidmatan pinjaman buku melalui pusat sumber sekolah dan pusat maklumat yang lain.
  • Mula dinilai dari Tahun 2 hingga Tahun 6.
Tahap Rakan Pembaca
  • Murid yang telah berjaya membaca 100 naskhah buku layak di peringkat ini.
  • Murid berkebolehan membimbing dan menarik minat rakan lain supaya membaca buku.
  • Mendapat bimbingan Guru Pembimbing sebelum menjalankan aktiviti RP.
  • Memberi pinjman buku kepada rakan, ahli keluarga dan jiran.
  • Markah diberi berdasarkan bilangan buku dibaca, jumlah pendengar, dan pembaca.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dicadangkan di peringkat Pusat Sumber Sekolah SK Buntong adalah seperti berikut;
  • Bercerita
  • Membaca bersama
  • Bicara Buku
  • Meminjam buku
  • Memberi pinjaman buku
  • Ulasan Buku
  • Ulat Buku
  • Khemah Membaca
  • Kuiz Pengetahuan
  • Pameran Buku
  • Buku Skrap
  • Kelas Terbaik NILAM
Pengiktirafan
Berhubung pengiktirafan Program NILAM RP Pusat Sumber Sekolah SK Buntong. Murid-murid yang layak akan mendapat:
  • Sijil Anugerah NILAM
  • Sijil Akuan Sekolah
Pengiktirafan Tahap Jauhari
Jumlah Bacaan Pengiktirafan
72-143 buah Gangsa
144-215 buah Perak
216- 287 buah Emas
288 ke atas NILAM
Pengiktirafan Tahap Rakan Pembaca
Segala aktiviti Rakan Pembaca dijalankan dan direkod dalam buku khas, disemak serta dinilai oleh guru pembimbing. Program NILAM Tahap Rakan Pembaca peringkat Pusat Sumber Sekolah SK Buntong sama dengan pengiktirafan diperingkat kebangsaan.
Markah Pengiktirafan
100-199 Gangsa
200-299 Perak
300-399 Emas
400 ke atas NILAM

HI-TEA PSS DI HOTEL EXCELSIOR,IPOH ............ 2012


Sambutan Bulan Kemerdekaan Di SK Buntong 2012..... Anjuran PSS SK Buntong


Pameran Buku Di Pusat Sumber SK Buntong 2012


Selangkah ke Perpustakaan Sejuta Pengetahuan


"Membaca Jambatan Ilmu"


Perpustakaan ialah tempat rujukan.  Murid sekolah mestilah memanfaatkan perpustakaan. Perpustakaan ditubuhkan di sekolah, daerah, negeri, institusi pendidikan tinggi, dan sebagainya.
Terdapat pelbagai kebaikan jika murid/remaja mengunjungi perpustakaan.




"Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"

Murid dapat membaca pelbagai jenis bahan bacaan.  Perpustakaan menyediakan pelbagai bahan ujukan spt.  buku teks, buku ulasan, buku ulang kaji, kertas model, surat khabar, jurnal, majalah, dll.
Bahan-bahan ini dapat meningkatkan pengetahuan murid/remaja. Khususnya murid yang akan menduduki peperiksaan utama spt PMR, SPM, STPM. Bahan disediakan secara percuma dan boleh dipinjam oleh murid.


 "Sambil Menyelam Minum Air"


Murid/remaja dapat belajar dalam keadaan tenang di perpustakaan. Suasana di dalam perpustakaan sangat selesa (kondusif), tenang, tidak bising.Perpustakaan dilengkapi dengan pendingin hawa/penyaman udara. Perpustakaan menetapkan peraturan supaya pengunjung tidak membuat bising. Membantu murid/remaja belajar secara berkesan.




  "Masa Itu Emas"

Murid/remaja dapat menggunakan masa secara bermanfaat. Dapat mengelakkan murid/remaja terlibat dalam aktiviti yang tidak berfaedah spt melepak, terlibat dengan gejala sosial, dadah, berpeleseran, dll. Ibu bapa tidak berasa bimbang akan keselamatan anak-anak remaja mereka terutama pada masa cuti atau hujung minggu.



"Tak Kenal Maka Tak Cinta"


Murid/remaja dapat memupuk semangat perpaduan dengan lebih berkesan. Perpustakaan dapat dijadikan tempat interaksi remaja daripada pelbagai kaum. Mewujudkan kumpulan perbincangan kecil untuk belajar bersama-sama. Memberi peluang kepada murid/remaja mengenali budaya, agama, bangsa-bangsa yang berbeza-beza.





"Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung, Di Mana Akan Mendapat Sagunya"



Memberikan peluang murid/remaja mengakses ilmu melalui pelbagai kemudahan elektronik.Perpustakaan menyediakan kemudahan internet. Murid dapat mengakses bahan-bahan pembelajaran seperti nota, soalan-soalan latihan, soalan ramalan, dan sebagainya.Contoh laman sesawang bercorak akademik ialah tutor.com.my, skorA.com.my, laman-laman sesawang guru cemerlang, dan sebagainya.






Sunday, 5 May 2013

Pelancaran Nilam 2013..........................

Tanggal 04.03.2013 Pusat Sumber Sk Buntong telah melancarkan program Nilam. Tujuan utama pelancaran ini adalah untuk memupuk tabiat membaca di kalangan warga SK Buntong.Disamping itu, pihak pusat sumber sekolah juga menggalakan murid membaca , menulis apa yang dibaca dan mengingat apa yang dibaca.

Program ini dimulakan dengan bacaan doa dan ikuti oleh nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Perak dan lagu sekolah.  Progran ini dirasmikan oleh Puan Guru Besar SK Buntong di dataran perhimpunan SK Buntong.


Puan Guru Besar SK Buntong memberi ucapan perasmian Program Nilam Peringkat Sekolah









Penerangan oleh Penyelaras PSS SK Buntong Pn. Parvathy tentang Nilam  

























Puan Guru Besar SK Buntong merasmikan Program Nilam Peringkat Sekolah

Guru Nilam En. Ramumuroothy Rao a/l Raman menerima poster nilam sebagai tanda perasmian Nilam di peringkat sekolah

     Bicara buku oleh Normaliza Bt Bukhori dari Kelas 5 Cemerlang.
      Nyanyian lagu Nilam oleh murid-murid 5 Cemerlang

Warga SK Buntong menyaksikan Majlis Pelancaran Program Nilam 2013